ASSALLAMMUALLAIKOM

malaysia pantun website

Malaysia Pantun Web Site


(Laman Tanpa Grafik)



Ke Laman Utama
(Laman pantun bergrafik yang canggih dan menarik).
Ke Laman Penutup
(ANDA bolih meninggalkan komen atau ulasan ANDA mengenai pantun-pantun yang disiarkan di laman ini).

PANTUN RAAYAT MALAYSIA

Saji bubur bagi dibalun
Bekal menjamu saudara dulu
Dari mundur jadi membangun
Bakal menuju negara maju

Bukan bantut segala perancangan
Kalau susah bantulah sama
Perjuangan menuntut kemerdekaan
Halau penjajah itulah diutama

Semailah halia di belakang reban
Pedas rasa digemari orang
Ramailah perwira yang terkurban
Membebas negara dari petualang

Terabai bukan kerana dibeza
Tekun berfikir cita diusaha
Pelbagai tekanan penjajah berusaha
Namun akhir kita berjaya

Satu suara bagai melanda
Nyaris terbuang cebis-cebisan
Tugu negara sebagai tanda
Kominis ditentang habis-habisan

Walau tak lalu selera menjamah
Berubah cuba beberapa cara
Kalau tak mahu negara dijajah
Bersatulah kita jangan sengketa

Budak dihalau sampai ke tanah
Dari cedera jika dibiar
Tidak menghirau pelbagai kerenah
Demi negara semua ditelah

Rasa layak budak dihalang
jamuan selera perlulah dirancang
Jasanya banyak tidak terbilang
Kemajuan negara itulah dirancang

Tujuilah kejayaan kerana keserasian
Beri alatan juga panduan
Akuilah kebijaksanaan dan keberanian
Jadikan ikutan serta pedoman

Bilang amanat kasih berian
Jaga negara tidak dijajah
Petualang pengkhianat masih berkeliaran
Jika alpa kitalah padah

Rata punyalah rata
Hingga melimpah bandar dan desa
Nyata sudahlah nyata
Negara mewah raayat merasa

Ringan punyalah ringan
Andai kita sama menjulang
Jangan tentulah jangan
Gadai negara pada petualang

Kuap punyalah menguap
Kerana cerita panjang berjela
Jawab kenalah bertanggungjawab
Negara kita tanggungjawab kita





Sempat menyalin kusyuk memikir
Jika meneka takutlah hilang
Empat pemimpin termasuk Mahadhir
Jasa mereka amatlah gemilang

Berapa kali hendak dibilang
Gurauan santun sopan dipatuh
Betapa ngeri tidak kepalang
Igauan tahun lapan puluh

Simpan dulu gula keria
Bagi membikin jika diminta
lapan puluh satu mula karya
Menjadi pemimpin negara tercinta

Keldai sembelihan hendak dilapah
Kuda pula tiada ditempah
Pelbagai perubahan mengorak langkah
Ada suka ada membantah

Melulu punyalah melulu
Bertindak tidak fikir dulu
Malu punyalah malu
Berteriak ke hilir ke hulu

Sakit punyalah sakit
Bisa dialin Pak Uda Lela
Sedikit bukanlah sedikit
Jasa pemimpin pada negara

Pintar punyalah pintar
Menyelesai segala tanpa sengketa
Biar tentulah tidak dibiar
Andai ada cuba menderhaka

Bolih main kukba kukba
Tambah main hantu galah
Kasih dijalin usah berubah
Malah bersatu demi negara

Kalau nak main enjit-enjit semut
Jangan main dekat sarangnya
Walau benak makin kusut
Bukan negara diheret dihina

Ada yang main goli
Ada yang main gasing
Negara sayang muda mudi
Tiada hilang makin berganding

Masa kecil terkedik-kedik
Kerana buas tak suka dipimpin
Negara asyik dikotak katik
Kita balas bersama pemimpin

Disemat budi budaya teraju
Lagi berkhemah cinta bersatu
Matlamat menjadi negara maju
Mari bersama kita tuju

Insan mengenal hubungan sesama
Tidak sengketa membunuh tentunya
Barisan Nasional gabungan bersama
Tunggak negara Umno tentunya

Paku punyalah terpak
Kuda dipamir gagah perkasa
Aku kenalah mengaku
Jasa Mahadhir sudah dirasa

PANTUN KELUARGA

Soksik soksik satulah gejala
Wartawan bekerja dibidang rutin
Usik mengusik itulah mula
Berkawan hingga ke jinjang pelamin

Pancang memancang bergema kini
Tukang menukang barulah dituruti
Rancang merancang sesama sendiri
Tunang bertunang itulah dikuti

Cabang bercabang perlu dihindari
Kahwin dirancang jaga teliti
Bincang berbincan selalu dilalui
Selain berbincang juga menguji

Dari rumbia salin pelikat
Mula menyimpan sepatu raya
Hari bahagia semakin dekat
Segala kelengkapan perlu disedia
Kalau pakai cuit mengusik
Sekali disertai diri sidia
Walau pokai duit di kocik
Bagi merai hari bahagia

Pasti bersua pulang raya
Ramah berkias uda dan dara
Hari bahagia menjelang tiba
Rumah dihias bonda dan saudara

Demi mengia madah pujangga
Banyak suara patut diterima
Hari bahagia sudahlah tiba
Sanak saudara turut bersama

Belek membelek lepas tak faham
Kosik mengosik satu talam
Solik menyolik kerja mak andam
Usik mengusik itu disulam

Satu bulan semak menyemaki
Kain cantik siang-siang dibeli
Satu badan mak andam teliti
Lain disolik lain yang jadi

Berborak hingga hari senja
Kerana bercakap bersulam cerita
Berdebak beredebuk hati dirasa
Kerana mengadap pak imam tercinta

Dalam mencanai sibesi waja
Dibanding segala malah dijaga
Malam berinai adat sahaja
Bersanding pula samalah juga

Mengagak menduga terlerai masaalah
Banyak membilang niat dan helah
Gegak gempita selesailah sudah
Tidak kepalang penat dan lelah

Saudara tetamu belumlah berangkat
Caranya makin meleka menyakat
Bersenda berjamu itulah niat
Rasanya mungkin mereka nak sekat

Banyak merata hanya disini
Jarang dijaja kini kembali
Tidak terkata gembiranya hati
Orang dipuja berada di sisi

Berduyun-duyun kereta berselisih
Hiba kerana kerap bayar tol
Bertahun-tahun bercinta kasih
Tiba masa diijab kabul

Padi rumbia ditampi-tampi
Isi keladi beremi dan turi
Hari bahagia dinanti-nanti
Resmi jadi suami isteri

Hati gembira bukan kepalang
Akad sekali disahkan betul
Suami kecewa dihadang orang
Mengadap isteri dikenakan tol

Selesai berpakat disedia hidangan
Duduk beradap malu berjelingan
Selesai berakad diadakan persandingan
Untuk ditatap tetamu undangan

Semai temu dihujung senja
Sebagai petua dari sidia
Ramai tetamu berkunjung datang
Rai bersama hari bahagia

Guling bantal diberi menantu
Esuk balik minta dikunjung
Paling nakal siisteri baru
Masuk bilik minta dikendung

Penantian kini tiada lagi
Salam bahagia bersulam senda
Menanti suami berada di sisi
Malam bahagia malam pertama

Sekian lama melayari bahtera
Janji diikat bersatu setia
Usah leka melayani gelora
Pasti tersekat buntu melanda

Antara mentua juga keluarga
Riak diatur itulah utama
Antara kedua ada tak kena
Bertolak ansur begitulah cara

Pekan indah terus berjaga
Ehwal islam ustaz ceramah
Bukan mudah mengurus keluarga
Kawal dalam lafaz berkhemah

Kulit gelembung terkena onak
Afiat diharap dari mak limah
Sakit mengandung derita emak
Zuriat diharap menyeri rumah

Perihal senandung ria diolah
Hasnah budak muda dan montok
Awal mengandung loya dan muntah
Kerenah budak mula membentuk

Antara petua senaman diguna
Untuk menjamin sihat sentiasa
Derita sengsara dikandung jua
Janin membesar membawa bahagia

Bubur berangan enak dirasa
Anak dipangku nyenyak tidurnya
Gugur kandungan emak terseksa
Anak ditunggu tak lahir ke dunia

Jika dikerat kepala udang
Keratlah sekali kerapu dan tongkol
Jika berat mata memandang
Beratlah lagi bahu memikul

Bidan tua sukalah menjahit
Labuh kain diangkat sedikit
Berbadan dua terentilah haid
Tubuh sihat berganti sakit

Jangan berjalan ditengah hari
Berteduh berlindung elak matahari
Sembilan bulan sepuluh hari
Tempuh mengandung perlu dilalui

Sayuran salat tahu dan ikan
Antara campuran sajian makanan
Makanan berzat perlu diamalkan
Selain senaman menyihatkan badan

Berihat faktor selalu dijaga
Bentuk jadual jadikan rutin
Nasihat doktor perlu disegera
Untuk kesihatan diri dan janin

Belum pasti jauh perjalanan
Diri dibayangi wajah isteri
Bapa menanti penuh debaran
Isteri disayangi sudah berisi

Kelapa tertiarap hala kedepan
Sabut perlu tidak kecukupan
Bapa bersiap segala kelengkapan
Menyambut kelahiran anak harapan

Tangan sebelah dibahu kiri
Upaya juga menyedia segala
Tanggungan bertambah perlu ditangani
Supaya keluarga bahagia sempurna

Siapa kata kaya berniaga
Berangan saja tiada dikota
Bapa berusaha membahagia keluarga
Dengan menyedia segala diminta

Mahligai bahagia harus dijaga
Berubah perbuatan sayang berpanjangan
Berbagai cara terus diusaha
Menambah pendapatan seimbang tanggungan

Mengapa sayang tidak berputik
Benak menggila serabut mengusik
Ada yang kata bapak borik
Anak pula dikata rintik

Tidak terlena sedar semula
Banyaklah sangat ditimpa sengsara
Anak berguna mendengar kata
Tidaklah penat bapa menyara

Seloka silam lagi berguna
Direka bekarya para pujangga
Gembira bersulam hati ceria
Bapa berjaya menyara keluarga

Belanja bebas budak remaja
Diberi sara sibapa juga
Bekerja keras tidak mengira
Demi keluarga sibapa rela

Siapa berdalih siapa menduga
Tidak sudi tidak gusar beta
Bapa bersedih angkara keluarga
Anak isteri tak dengar kata

Mengapa sayang tidak berputik
Direbut angan benak mengusik
Betapa sayang bapa membisik
Lembut tangan tidak menjentik

Beri segala tidak mengira
Biar semangat segera terbina
Bagi belanja bapa rela
Agar berkat bapa menyara

Merusuh menggasak kerja pengkhianat
Tanpa hendak tahu menyiasat
Membasuh memasak sama dibuat
Bapa tidak jemu meluat

Kenapa banyak tertunggeng tertiarap
Bantulah menegak dengan segera
Bapa tidak bertanggungjawab
Tentulah merosak hubungan mesra

Menyapa-nyapa tujuan intraksi
Hingga banyak budi diberi
Kenapa bapa berkelakuan begini
Keluarga lagi dipeduli

hanya ada anak dan suami
Emak menjangka banyak faedahnya
Letaknya syurga ditelapak kaki
Anak derhaka buruk padahnya

Ikan disalai lemak tundung
Belah di sirip letakkan pandan
Bukan salah ibu menandung
Sudah nasib permintaan badan

Ikan kelisa dibuang lemak
Hendak dimasak bersama keladi
Bukan tak rasa disayang emak
Sudah dasar tak kenang budi

Enak rasa jagung muda
Enak lagi diisi gula
Emak sengsara menanggung derita
Anak dikasihi menjadi derhaka

Lunak suara berdondang sayang
Istilah lama berbagai kiasan
Emak dah tua kini terbuang
Inikah cara sebagai balasan

Payah bersua sidondang sayang
Istilah lama berbagai kiasan
Ayah dah tua kini terbuang
Inikah rupa sebagai balasan

Tersua kancil di ambang perdu
Mengarah sasar di hujung tombak
Semasa kecil ditimang emak
Sudah besar ditimang ombak

Meredah semak tersayat sembilu
Tidak terbilang derita ngilu
Ayah dan emak tersangat pilu
Anak menghilang secara melulu

Pinggan dan cawan baru dibeli
Usah disamak Elok saja dicuci
Kesilapan berkawan itu dituruti
ayah dan emak tak berguna lagi

Terang menerangi sesama kita
Membiaya membelanja itulah dijaga
Sayang menyanyangi antara kita
Bahagia keluarga itulah beharga

Dengan kemelut dirumah kita
Marilah disemak bukan dicela
Jangan kedekut beramah mesra
Pujilah anak dikeesempatan ada

Sagu kelapa usah dikari
Mamadi lemak santan sendiri
Ibu bapa salah sendiri
Memanjai anak lupa diri

Haluan tidak nampak daratan
Hati curiga melihat bekalan
Kemahuan anak tanpa batasan
Dituruti hingga sesat jalan

Sedih dan sebak luas dititi
Bayang mengganggu di hujung senja
Ayah dan emak puas menanti
Orang ditunggu tak kunjung tiba

Duga menduga bukan tak bolih
Tapi biarkalah sengketa tak guna
Manja mamanja buka tak bolih
Tapi biarlah berpada-pada

Jolok menjolok punya angkara
Ajuk mengajuk padah sengketa
Merajuk merajuk lumrah kita
Pujuk memujuk perlualah segera

Kesut mengesut kelihatan tak kena
Buruan menghambur dengan segera
Hasud menghasud perbuatan durjana
Tujuan menghancur hubungan mesra

Berpeti-peti barangan murahan
Layak dijadikan makanan ikan
Berhati-hati dengan tohmahan
Banyak kejahatan dan keburukan

Tidak terlanjur selalu disemaikan
Denagn mengelak sengketa yang remeh
Bertolak ansur itulah diamalkan
Hubungan retal segera dipulih

Berperi-peri mensyukuri bahagia
Dengan maksud bahagia terbina
Berhati-hati melayari bahtera
Jangan terhasud manusia durjana

Budak jatuh bolih didiri
Kerana bahaya tidak dikuatiri
Banyak contoh bolih dipelajari
Sengketa tidak bahagia diakhiri

Helang berani kerana bertenaga
Sarang tinggi itulah petanda
Sang suami ketua keluarga
Sang isteri pembantu nakhoda

Selamat menyelamati cara petua
Ulang mengulangi semua merasa
Hormat menghormati antara kedua
Sayang menyayangi membawa bahagia

PANTUN UDA DAN DARA

PANTUN UDA


Rasa adil sebar bedak
Indah segar menggigil tiada
Masa kecil bergelar budak
Sudah besar bergelar uda

Kata diluah mata dikengit
Tangan mencapai kumis menjalar
Cinta di sekolah cinta monyit
Akan terlerai habis belajar

Kata diputus tidak sehala
Makin meliar duga sidia
Cinta di kampus ada tak rela
Ingin belajar hingga berjaya

Bahu diurut urat berpintal
Tadi jatuh cedera melanda
Dulu takut mengurat menggatal
kini jaguh dara digoda

Mengada-ngada rasa dipuja
Hendak menayang muka dihala
Ada uda berguna berjasa
Tak kurang keluarga disiksa

Jika berlalu bersahaja aksi
Beredar bila kerana menyendiri
Masa dulu belanja diberi
Bergelar uda kena berdikari

Jika berjaga meniarap berdiri
Kenangan pada sidia dini hari
Uda bekerja setiap hari
Keinginan ada sedia beristeri

Bila dekat tangan diberi
Minta suakan kelapa tadi
Uda mendapat pasangan dicari
Bercinta sakan lupa diri

Mula menyapa berdiri di sisi
Duga berkisar bincang diajak
Ada lupa mencari bini
Hingga bergelar bujang terlajak









PANTUN DARA


Kata diluah mata dikenyit
Tangan mencapai kumis menjalar
Cinta di sekolah cinta monyit
Akan terlerai habis belajar

Rasa bersabar mungkin berpada
Bagi berhadapan mentua mengada
Dara membesar makin menggoda
Menjadi tatapan tua muda

Kata diputus tidak sehala
Makin meliar duga sidia
Cinta di kampus ada tak rela
Ingin belajar hingga berjaya

Rela beralah hindar dosa
Kaji laku perlu diutama
Bila sudah bergelar dara
Diri perlu selalu waspada

Bicara remaja perlu dijaga
Jangan juga usik mengata
Dara bekerja membantu keluarga
Jangan leka asyik bercinta

Bulan kelam tiada terang
Kemana menghilang senja menjelang
Berjalan malam dara dilarang
Kerana bimbang bahaya mendatang

Bicara mengusik kata berdalih
Berangan dikala suria beralih
Dara asyik bercinta berkasih
Pasangan pula sibuaya putih

Jualan dijaja supaya dibeli
Satu tidak siapa peduli
Berjalan sahaja ke sana kemari
Membantu emak dara hindari

Cara jahitan mesti bermutu
Sedia sepuluh agar dibantu
Dara pingitan menanti dipintu
Tiada jodoh bergelar andartu

Mana patut bayar satu
Baldi belanga ada mutu
Kerana takut digelar andartu
Mandi bunga ada kena tipu

Peniaga asing gila nak sain
Canang diri dulu tak join
Keluarga bising bila nak kahwin
Pinang lelaki itu tak main

PANTUN RIA

Lodih siapa melodih
Kuah roti sedang dijerang
Sedih siapa tak sedih
Buah hati dikebas orang

Seram siapa tak seram
Cerita hantu malam-malam
Geram siapa tak geram
Kena gerutu siang malam

Pelesit punyalah pelesit
Orang tidur diamenjerit
Sakit punyalah sakit
Tunggang motor terjun parit

Duit punyalah banyak duit
Kerana kedekut mana nak susut
Cuit punyalah hendak cuit
Kena sekel tapak kasut

Silap punyalah silap
Korik hidung hingus melelih
Tatap punyalah tatap
Selak tudung mana bolih

Derap punyalah derap
Sedang tayang kasut baru
Harap punyalah mengharap
Ulang tayang episod dulu

Sedap punyalah sedap
Sedap melahap tolih tak lalu
Kurap punyalah berkurap
Kurap merayap tangan menggaru

Sunyi malam-malam begini
Undur ke dapur alur berdalih
Bunyi macam-macam bunyi
Tidur berdengkur air liuh melelih

Ya beda bedu du
Nasi lemak seringgit satu
Apa ada dalam baju
Mandi tidak tengit bau

Ya beda beda da
Gulai lemak ikan gelama
Tanya pada seleralah
Gulai mamak simpan lama

Yahu yahu yahu hu
Makan taugeh sama tahu
Tunggu tunggu tunggu gu
Telan kuih bukan garfu

Yahu yahu yahu hu
Duwin penyanyi lama tenggelam
Mahu mahu mahu hu
Kahwin nani tak kira tempam

Kah kah kah kah
Kena keletik sama bini
Lah lah lah lah
Nona cantik mana gigi

Aduh aduh aduh du du
Main main enjit-enjit semut
Madu madu madu madu du
Sain sain jangan nak kemut

Tik terik tik tik
Duduk dimeja godang godam
Cantik cik adik cantik
Tengok saja pegang lebam

Ewah ewah ewah wah
Bila mama pakai celana
Susah susah susah sah
Gila kerana pokai dana

Eh eh eh ehh...
Kuda desa main lumba lumba
Tak bolih tak bolih lih
Sudah tua main kukba kukba

Em em em emmm...
Apa punya haru asyik memutar
Dehem punya dehem hem
Lama lama tangan menjalar






Syut syut syut suttt...
Bunyi apa bawah lantai
Kecut perut tak sempat cabut
Kena sergah tengah mengintai

Amboi amboi amboi boi
Belakang cantik tentunya menggoda
Adoi adoi adoi doiii..
Sangka cik adik rupanya pemuda

Eleh eleh eleh lehh..
Dari belakang saja berani
Tolih punya tolih lihh..
Bini datang punya menyepi

Wah wah wah wahhh...
Bukan main gelek sama salwa
Tuah punyalah bertuah
Bini cantik atas bawah

Kenen punyalah kenen
Silap kenen mak mentua
Sain punyalah sain
Silap sain bapak berdua

Paling punyalah paling
Silap paling kepala terteleng
Jeling punyalah jeling
Silap jeling mata juling

Memek punyalah memek
Silap memek olih cik mek
Cemek punyalah cemek
Silap cemek bolih benyek

Dendam punyalah dendam
Silap dendam muka masam
Godam punyalah godam
Silap godam mata lebam

Lodih punyalah lodih
Silap lodih kuah melelih
Sedih punyalah sedih
Sikap kekasih sudah beralih

Kopik punyalah kopik
Silap kopik tunggang terbalik
Pokpek punyalah pokpek
Silap pokpek kena balik

Sakit punyalah sakit
Silap sakit tidur tak lena
Kenyit punyalah mengenyit
Silap kenyit kena seranah

Peram punyalah peram
Silap peram jadi masam
Laram punyalah melaram
Silap laram makan tak ngam

Celik punyalah celik
Silap celik hari malam
Solik punyalah menyolik
Yang cantik mak andam

Surat punyalah menyurat
Petang demam malam sihat
Mengurat punyalah mengurat
Datang pak imam terkulat-kulat

Selipar banyaklah selipar
Tak derap pasal getah
Celupar punyalah celupar
Silap celupar kena penampar

Sedap punyalah sedap
Bukan main dia melahap
Silap punyalah silap
Isteri sain suami menyedap

Korik punyalah korik
Silap korik badan tertimbus
Lirik punyala melerik
Silap melerik badan terjerumus

Soksek punyalah soksek
Silap soksek kena gerutu
Usik punyalah mengusik
Silap usik kena tinju

Biak punyalah membiak
Kerap bodik sain dicelah
Terbeliak punyalah terbeliak
Tatap cik adik kain terbelah



PANTUN RAGAM

Rambutan kahwin patut diairi
Cara mengimbang elok difikiri
Jemputan kahwin takut nak hadhiri
Kerana bimbang syok sendiri

Doronglah budak menjamu nasi
Sama memimpin elak lari
Tolonglah mak anak mu ini
Lama teringin nak berbini

Bantai saja apa peduli
Bukannya selalu persinggahan ini
Mengintai dara kesana kemari
Rasanya aku tak tahan lagi

Nanti dulu tahan orang
Karang mengganggu senyum kurang
Hati merindu bukan kepalang
Orang ditunggu belum menjelang

Gaduh gaduh tidak hanya rasa
Hirup kari malu tak kira
Aduh aduh tak tahannya siksa
Hidup sendiri aku tak kuasa

Kenapalah benak menghindari ceria
Rindu menganggu usai dijiwa
Bilalah tiba hari bahagia
Aku menunggu bagai nak gila

Gerangan amat kerap menduga
Mengapalah bayang memburu disua
Bayangan nikmat hidup berdua
Datanglah sayang padaku jua




PANTUN IT/MULTIMEDIA DAN PANTUN PARADIGMA

Angkara madat akta dibuat
Kerana bahaya mula menular
Cakra padat cakra liut
Antara cara media disebar

Angkara madat akta disebut
Akta lepas tiada kesannya
Cakra padat cakra liut
Cakra keras sama gunanya

Akta baru adil gubalannya
Tapi gusar olih gelabahnya
Cakra dulu kecil muatannya
Kini besar banyak muatannya

Kacau baulu bahan disedia
Isi diubah pada acuannya
Kalau dulu perlahan saja
Kini tambah laju pemacuannya

Semakin kedepan bukan menyerlah
Utara perasaan berat didedah
Menyalin menyimpan dan mengubah
Antara kegunaan sangat berfaedah

Sukar berborak segan bicara
Bungkam bertambah kerana serlahan
Gambar bergerak dan bersuara
Merakam mengubah antara kelebihan

Saudara mara jadi panduan
Kerana kejadian telah menodai
Antara cara menjadi jutawan
Mencipta perisian usah diabai

Ladang baru kita terokai
Tiada merumput dan bermain api
Bidang baru kita kenali
Ada menyambut ada menyepi

Menguji antara awal menyedia
Keruan jadi bila terabur
Strateji antara asal mula
Bantuan universiti segala diatur

Perlahan teliti jika susah
Suntuk kerana jamuan dicelah
Kemudahan teknoloji dibuka didedah
Untuk menjanah kemajuan menyerlah

Teman suib tidak mengomil
Kerana bicara teliti disemat
Laman web borak dan email
antara cara mencari maklumat

Makin berseri uda dan dara
Sukar disisip kata ceria
Enjin pencari antara diguna
Menyebar web serata dunia

Baiki enjin masa lapangnya
Setelah muatan susah dibawa
Menjadi ejen antara peluangnya
Menambah mudah diusaha

Orang kota tentu tak bakhil
Selalu sedia tak mungkin berdalih
Orang kata itu mustahil
Aku pula yakin bolih

Sarang anai usah dibakar
Jungkit sahaja hanya sekejap
Yang ramai bukanlah benar
Sedikit pula bukannya silap

Gerangan sakit diri dibedah
Batang cermai tiada gunanya
Kalangan sedikit memberi faedah
Yang ramai pula menggunakannya

Liar menyemai petua dikelik
Ingat disebar akan bahaya
Biar ramai ketawa mengejek
Semangat berkobar teruskan usaha

Nanti sahaja setelah berdalil
Tiada pasti lahir semua
Pasti berjaya bukanlah mustahil
Masa dinanti pastikan lahir juga

Bakal isteri sampai kebetulan
Simpoh sopan itulah dikenan
Cekal berani sebagai bekalan
Tempoh cabaran arah berlainan

Gelaran sukma disemat dipersada
Satu kurnia hadir sudah
Fikiran paradigma amat berfaedah
Membantu kebijaksanaan dipamir
didedah


Jika anda ada sebarang komen, ingin pantun-pantun anda disiarkan di laman ini atau anda inginkan pantun-pantun yang segar dan terbaru dihantar kepada anda atau ingin mendapat sebarang maklumat,
Sila hubungi saya

23:50 5/31/01
Hak cipta terpelihara, sebarang salinan semula dilarang sama sekali.