malaysia pantun website


malaysia pantun web site


Malaysia Pantun
Web Site


Profesyen Saya

Laman Kegemaran Saya

Bagaimana Anda Untuk Menghubungi Saya

Mengenai Projek-projek Saya Sekarang

Keterangan Mengenai Diri Saya

Mengenai Kegiatan Peribadi Saya


Assallammuallaikom warahmatullahhiwabarakatuh. dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pengunjung yang saya hormati. Terima kasih kerana kesudian anda melawat laman saya ini.

Saya harap anda akan terus meneliti isi kandungan maklumat yang hendak saya kemukakan di laman ini, kerana di laman ini saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memandu anda melawat laman-laman saya kerana saya ingin dan berharap agar saya dapat mempermudahkan anda memilih dan melawat laman-laman tertentu di laman-laman saya.
Di laman utama ini saya menyediakan link-link ke laman pantun-pantun yang saya sempat sediakan untuk tatapan anda para pengunjung laman saya.
Pantu-pantun yang saya sediakan ialah:-

Pantun Raayat Malaysia
Pantun Keluarga
Pantun Uda Dan Dara
Pantun Ria
Pantun Teka Teki
Laman Penutup
Link Ke Laman-laman Lain

Makluman Laman:
Pantun Raayat Malaysia#
Pantun mengenai semangat raayat yang yang petriotik dan menjaga maruah negaranya.
Pantun Keluarga#
Panduan mengenai tanggungjawap setiap ahli keluarga di dalam menjaga kerukunan rumahtangga.
Pantun Uda Dan Dara#
Panduan mengenai para remaja kita.
Pantun Ria#
Berbentuk jenaka dan kiasan atau sindiran
Pantun Teka Teki#
Berbentuk menduga akal, tapi saya hidangkan sebagai satu hiburan (saya akan cuba menyediakan link jawapan tidak lama lagi).
Laman Penutup#
Mengandungi borang untuk anda tinggalkan pesanan, jawapan dan sebagainya, selain link-link ke laman borak-borak, mailing list untuk anda sertai (jika anda sertai rakan mailing saya, saya akan hantar pantun-pantun terbaru dan segar setiap bulan untuk anda), di laman ini juga mengandungi link ke laman hiburan, laman gurauan, E-Kad dan permainan atau game.
Link Ke Laman-laman Lain#
Mengandungi E-Newsletter dan E-Zine mengenai panduan-panduan dari mereka yang banyak pengalaman seperti Dr. Dun Nunley Said Rauhani, Richart Lowe, Robert Taylor dan ramai lagi!.
Di antara artikal yang paling saya minat membacanya ialah dari Dr. Dun Nunley kerana beliau banyak mengupas topik tenteng pemasaran, sementara Robert Taylor mengupas mengenai kemanusiaan , Said Rauhani dan Richart Lowe banyak mengulas mengenai reka bentuk laman web dan lain-lain.

Selain itu, di laman ini juga mengandungi artikal mengenai resepi masakan timur dan barat, ilmu astroloji, dan banyak lagi! Saya juga menyediakan plug in untuk tajuk-tajuk artikal yang terbaru yang dimuatkan di laman ini.
Saya berharap anda akan selalu mengunungi laman tersebut untuk membaca dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan keperluan anda dari masa ke masa.


Ini ialah laman utama saya, di laman ini selain sedikit sebanyak terkandung maklumat anda juga akan saya pandu untuk . ke laman-laman pantun saya.
Dan satu lagi laman yang tidak harus anda tinggalkan untuk dilawati, di laman ini anda berpeluang untuk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat yang ada di laman di atas. Saya persilakan anda ke laman tersebut.


Perhatian: Bagi anda yang ingin membaca pantun-pantun tersebut di dalam satu laman, anda bolih melawat laman ini


Profesyen Saya?
Tak banyak yang bolih saya ceritakan di sini, saya tidak mempunyai pekerjaan tetap, saya hanyalah pengarang bebas (pengarang pantun saja!) sambil itu saya bergiat cergas membina kerjaya saya dalam bidang E-Dagang (buat masa ni hanya sebagai ejen kepada syarikat antarabangsa). InsyaAllah saya juga akan mempunyai syarikat sendiri dalam bidang pemasaran barangan dari negara kita, seperti Batik, Songket dan barangan lain. Sesiapa diantara anda yang ada cadangan mengenai perkara ini, sila kemukakan kepada saya. Saya mengalu-alukan cadangan bernas anda.
Balik ke atas

Laman kegemaran saya?
Emm.........banyak, cukup banyak! Tapi laman yang paling saya suka ialah laman-laman perisian percuma, inilah yang untungnya kalau gunakan kemudahan Internet jadi bolih kita merayau dan mencari keperluan-keperluan bagi menjayakan kerja kita, betul tak?. Ok, sebagai menghargai kunjungan anda ke laman ini, saya sertakan salah satu link perisian percuma istimewa untuk anda.
Pemproses Perkataan Canggih!


Balik ke atas

Ingin Hubungi Saya?
Senang je.....klik jelah link ni, kecap lagi keluarlah tetingkap email ANDA. Saya yakin ANDA ada sesuatu yang ingin ANDA kemukakan atau beritahu kepada saya.
MALAYSIA Pantun Web Site
Balik ke atas

Projek Saya?
Selain dari perkara yang saya sentuh di atas tadi, insyaAllah kalau tidak ada apa-apa halangan saya juga akan menerbitkan Ezine saya sendiri untuk saya edarkan kepada anda yang berminat, mengenai perkara ini saya juga amat berharap agar ada diantara anda sudi memberi cadangan atau menulis artikal anda untuk saya siarkan di Ezine saya kelak.
Balik ke atas

Mengenai Diri Saya?
Saya orang biasa saja, saya tinggal di Taman Setiawangsa Kuala Lumpur, sudah mempunyai keluarga, saya berbintang LEO (walau garang tapi penyayang). Lahir pada tahun 1957 (dah tua dah......).
Balik ke atas

Kegiatan Peribadi Saya?
Apa ye......oh ya, saya ni gemar mengembara dan berkelana, melayari internet dan juga berpantun. Membaca dan mencari maklumat, mencuba perisian-perisian baru dan lain-lain lagi
Balik ke atas